Madrasah Kemboja

Madrasah Kemboja


Betapa untungnya kita di Malaysia, hampir semua sekolah dilengkapi dengan bermacam-macam fasiliti dan bermacam kemudahan.

 

Namun di Stung Treng, Kemboja. Madrasah Darul Ulum Al Islamiyah inilah satu-satunya madrasah yang ada untuk anak-anak di sini belajar agama.


Untuk makluman anda, Kg Stung Treng ni jauh terpencil dari pusat bandar Phnom Penh (jarak sebanyak 421km bersamaan 7 jam perjalanan menaiki kereta). 


Dan ketika tiba di sana, kami terkejut apabila mengetahui kami NGO pertama yang pernah sampai ke sana, mungkin atas faktor jalan ke kampung ini hanya boleh masuk menggunakan motosikal.

 

Bukan sebab tak nak naik taraf, tetapi nak minta bantuan ikhlas ibu bapa pun tak sampai hati. Rata-rata ibu bapa pelajar hanya bekerja sebagai petani, makan pun kais pagi makan pagi saja.

 

Bulan November yang lepas kita dah berjaya membina 3 buah tandas untuk Madrasah ini dan kami berharap setiap fasiliti yang diperlukan dapat dipenuhi secara berfasa.






Anak-anak Ini Ada Cita-cita Seperti Anak Anda

 

Mereka tak pernah mengalah untuk belajar. Biarlah berhimpit-himpit, berkongsi buku dengan kawan, mereka tetap hadir ke madrasah.

 

Diantara mereka ada yang bercita-cita, nak jadi ustaz, peguam, guru, ulama’, doktor, dll. Siapa sangka, dengan asbab bantuan anda, mereka dapat mengubah hidup dan berbakti kepada ibu bapa.

 

Setiap orang ada cubaannya masing-masing. Mana tahu, dengan asbab kita bantu mereka naik taraf madrasah. Inilah bekalan pahala kita di akhirat.




Bantuan Macamana Yang Diperlukan?


Kami dimaklumkan bahawa jumlah terkini pelajar di madrasah ini telah mencecah 93 orang, melebihi dari kapasiti kelas (kapasiti hanya muat 50-60 orang).


Untuk bulan Mac - April 2020 ini kami ingin mengajak anda untuk sama-sama kita berkongsi untuk mengumpulkan bantuan sebanyak RM 140K bagi menampung kos seperti:


✅ Elaun 4 orang guru - RM 6000 sebulan

✅ Pembinaan kelas baru beserta bilik guru - RM 100K

✅ Fasiliti baru & alatan pembelajaran -  RM 28K


InsyaAllah, cukup sasaran ini, lebih banyak anak-anak petani di Streung Treng dapat ke sekolah dengan adanya pertambahan kelas nanti.





>> Di Dalam Rezeki Kita, Ada Bahagian Untuk Mereka Yang Memerlukan 

 

Mudah-mudahan Allah sentiasa menggandakan kebaikan yang kita berikan sepertimana dalam Surah Saba’, ayat 39 yang bermaksud:


Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya, Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya. Dan apa saja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki.”


 

>> Bagaimana Nak Hulurkan Bantuan?

 

Anda boleh pilih ikut pakej di bawah mengikut kemampuan masing-masing:

 

✅ KEMBOJA 10 = RM 10

✅ KEMBOJA 30= RM 30

✅ KEMBOJA 50 = RM 50

✅ KEMBOJA  100 = RM 100

✅ KEMBOJA 300 = RM 300





InsyaAllah, kami pasti anak-anak ini tidak akan mensia-siakan peluang mereka untuk belajar.


Semoga Allah SWT sahaja yang akan membalas setiap doa dan rezeki yang anda kongsikan buat anak Kemboja ini, Aaminn YRA.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
KEMBOJA 300 (RM 300)
KEMBOJA 100 (RM 100)
KEMBOJA 50 (RM 50)
KEMBOJA 30 (RM 30)
KEMBOJA 10 (RM 10)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN


Maklumat Peniaga

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090